Thursday, October 21, 2010

JALAN KAJANG BY-PASS BINA PENGADANG ATASI PENGGUNA DEGIL

Pembinaan pengadang di Jalan Kajang by-Pass adalah pilihan terbaik membendung sikap tidak bertanggungjawab pengguna jaya raya khususnya penunggang motosikal melakukan pusingan U di pembahagi jalan berhadapan sebuah pasar raya hyper di sini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata,tindakan pengguna jalan raya itu terus membuat pusingan U atau melencong ke arah bertentangan mengudang bahaya dan sering berlaku kemalangan di jalan besar itu.

"Bagi mengelakkan ke malangan berlaku maka cadangan pemasangan tembok pengadang sepanjang 300 meter dan mempunyai ketinggian 2.5 kaki akan didirikan supaya ia tidak boleh dilalui lagi. Apabila tembok ini didirikan peratusan kemalangan mungkin dapat dikurangkan kerana jika seseorang pemandu hilang kawalan mereka akan merempuh tembok terlebih dahulu dan tidak terus melencong ke arah bertentangan", katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas meninjau ke lokasi berkenaan bersama Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Zulfikar Ali Ariffin dan pegawai Jabatan Kejuruteran MPKj di sini.

Kim Sin berkata, kebanyakan kenderaan melalui jalan besar itu sama ada dari arah lebuh raya atau Semenyih dipandu dalam keadaaan laju sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Beliau berkata, masalah jalan utama berlarutan sejak 10 tahun itu tidak hanya dilalui penduduk taman perumahan sekitar tetapi juga jalan pintas kepada mereka yang ingin menghala ke Semenyih.

"Selain daripada masalah lalu lintas ini, penduduk di Impian Jaya juga menarik nafas lega apabilah penempatan mereka telah dipagar bagi tujuan keselamtan selepas menyumbang RM 10,000 sebagai bantuan kepada mereka.

"Selepas mendirikan pagar di sekeliling taman perumahan ini, keselamatan penduduk semakin terjamin dan kejadian jenayah akan berkurangan kerana ia tidak boleh diceroboh sesuka hati", katanya.

Sinar Harian-18/10/2010

No comments: