Thursday, October 15, 2009

Dana Industri Kecil Negeri Selangor

Jenis-jenis industri

Pemberian dana adalah tertumpu kepada lima sub-sektor utama industri iaitu makanan, perabot, kraftangan, jahitan dan bahan-bahan binaan.

Syarat-syarat permohonan

1. Berumur di antara 18 hingga 55 tahun;

2. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun;

3. Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja;

4. Had maksimum bantuan yang diberi tidak melebihi RM 10,000.00 setiap seorang;

5. Permohonan atas nama persatuan atau pertubuhan tidak akan dipertimbangkan;

6. Segala kelengkapan peralatan yang diluluskan akan dibekalkan oleh urusetia;

7. Penerima bantuan hendaklah mengurus dan menyelenggara peralatan dengan perbelanjaan sendiri;

8. Bantuan yang diterima tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa mendapat kebenaran dari pihak kerajaan;

9. Penrima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan perusahaannya kepada pihak urusetia secara berjadual setiap tahun dan pada bila-bila masa dikehendaki;

10. Sekiranya para penerima didapati gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan, pihak kerajaan negeri berhak menarik balik bantuan yang diberikan pada bila-bila masa dengan memberi notis 7 hari;

11. Penerima dikehendaki menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak urusetia sekiranya tawaran dikeluarkan.

Borang permohonan boleh dapat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang

3 comments:

Tomtom said...

Dear YB, I hope you can update the blog with your activities so that we can know what is going on in Kajang.

Achilles said...
This comment has been removed by the author.
Ng PK said...

Dear YB,

Is this fund ROBBED from the Rakyat?

Pakatan Rakyat robs the Rakyat to fund projects like this....ask Ahli MPKJ Arul and Samsol....they will not deny the TRUTH.

Hope you will be transparent enough(and not delete/remove this comment) leave this comment so that Rakyat knows how DIRTY Pakatan Rakyat is.

You will delete this comment to hide the truth, right??