Monday, October 12, 2009

Program Bantuan Kesihatan Bagi Rakyat Miskin Negeri Selangor

Objektif
Memberi bantuan bagi menjalani rawatan perubatan bagi penyakit katarak, pembedahan kecil dan dialisis buah pinggang.

Kumpulan Sasaran
Skim ini menawarkan bantuan perubatan kepada rakyat miskin dengan syarat-syarat seperti berikut:
a) Rakyat negeri selangor
b) Berpendapatan RM 1.500.00 ke bawah
c) Mengemukakan surat pengesahan doktor mengenai penyakit yang dialami
d) Mendapat rawatan perubatan di hospital kerajaan bagi rawatan katarak dan pembedahan kecil manakala bagi rawatan dialisis dibenarkan di pusat-pusat rawatan dialisis

Rawatan perubatan yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
a) Bantuan katarak mata
b) Bantuan pembedahan kecil
c) Bantuan dialisis buah pinggang

Pembayaran bil-bil akan dilaksanakan secara terus kepada hospital/ tempat pesakit mendapat rawatan.

Borang permohonan boleh dapat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang

No comments: