Friday, October 15, 2010

JKR Diminta Mengatasi Masalah Kesesakan Desa Jenaris

KAJANG-Kesesakan sepanjang dua kilometer setiap kali waktu puncak di persimpangan Jalan Desa Jenaris perlu dipandang serius Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengkaji semula arus lalu lintas di kawasan sekitar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,Lee Kim Sin berkata, masalah kesesakan itu mula berlaku sejak proses pembangunan di kawsan Prima Saujana siap dilaksanakan berikutan kebanyakan pengguna melalui jalan berkenaan. Menurutnya, beliau mencadangkan supaya ‘fly over’ atau laluan bawah tanah boleh dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Jalan utama ini digunakan lebih 5,000 kenderaan setiap hari memandangkan terdapat 10,000 unit rumah dari lebih 10 taman berhampiran dan mereka hanya menggunkan jalan utama ini setiap kalai keluar masuk ke taman perumahan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas meninjau persimpangan jalan bersama wakil JKR.

Sinar Harian- 14/10/2010

1 comment:

M.Mariapan said...

Masalah ini terjadi akibat ketidak kepekaan Majlis Perbandaran semasa meluluskan pelan pembangunan Prima Saujana. Terowong yang diwujudkan untuk mengangkut tanah ditutup semula setelah kerja siap. Tiada tanah simpanan untuk mewujudkan jalan melalui terowong kerana kelulusan untuk pembinaan rumah hingga tepi jalan besar. Masalah ini akan lebih rumit apabila lebih banyak rumah yang telah didirikan didiami kelak. Buat sementara masa, iaitu sebelum "flyover" dibina, saya cadangkan supaya kawasan "U-turn" berhampiran persimpangan ke Sungai Jelok dilebarkan untuk mengurangkan bahaya yang dihadapi oleh penggunanya. Diharap perhatian diberi juga kepada struktur jalan keluar ke Jenaris dari Semenyih. Saya rasa tidak akan terjumpa jalan yang begitu bahaya kerana tidak nampak lampu trafik dan kenderaan yang berhenti sehingga menurun bukit dan berhadapan dengan lampu lalulintas.