Sebagai kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri Selangor telah menurunkan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat atau PPR dari RM 250 sebulan kepada RM 124 sebulan untuk lebih ramai penyewa. Mesyuarat EXCO Kerajaan yang lepas pada Jun 2007 telah menaikkan sewa rumah PPR sehingga RM 250.
Walau bagaimanapun, pada bulan November 2008, ibu tunggal, orang kelainan upaya(OKU) dan mereka yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 serta mempunyai 5 orang tanggungan layak membayar sewa RM 124 sebulan. Kemudian pada Mei 2009, Kerajaan Negeri telah menurunkan sewa kepada semua meraka yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 tanpa mengira bilangan ahli keluarga.
Manakala pengurangan sewa bagi mereka yang berpendapatan lebih dari RM 1,500 bergantung kepada tanggungan mereka.
Friday, August 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment