Wednesday, September 8, 2010
Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas(SMUE) Fasa Kedua
Seramai 120 waris ahli SMUE telah menerima bayaran SMUE fasa kedua sebanyak RM 1500 setiap orang di Dewan Orang Ramai Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 September 2010.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kajang YB Lee Kim Sin menyatakan kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM 300,000 setiap minggu melalui penyerahan sumbangan berkenaan yang dilaksanakan secara serentak di beberapa kawasan DUN.
"Penyerahan ini membuktikan kerajaan negeri sememangnya prihatin dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam membantu rakyat khususnya di Selangor", katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment