KAJANG – Penduduk Desa Kiambang dan Kekwa boleh menarik nafas lega apabila kerja menaik taraf longkang sepanjang dua kilometer dari Jalan 18 hingga rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dilakukan kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Kim Sin berkata, peruntukan RM200,000 disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi kerja menaik taraf sistem perparitan yang dijangka siap penghujung tahun ini.
Menurutnya, ia bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku dan sistem saliran tidak sempurna sejak 10 tahun lalu.
“Kepimpinan sebelum ini juga melakukan beberapa kerja naik taraf bagi mengatasi masalah ini, tetapi banjir tetap berlaku setiap kali hujan lebat dan perparitan masih tidak sistematik.
“Kerja pembersihan tidak mengikut jadual menyebabkan masalah lebih teruk,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas meninjau sistem perparitan di sini.
Hadir sama, Pegawai Bahagian Kejuruteraan MPKj, Ong Seng Peng dan Ahli Majlis, Lee Learn Eng.
Menurutnya, pengaliran air dari sebahagian perumahan di Kampung Baru Sungai Chua juga mengundang kepada faktor banjir, kerana longkang terlalu kecil untuk menampung kapasiti.
Menurutnya, bahagian kejuruteraan akan merangka menaik taraf sistem perparitan jalan utama Desa Kekwa supaya bersesuaian kabel TNB dan Telekom Malaysia (TM).
“Longkang baru akan dibina di hadapan premis Taman Saga bagi mengatasi pengaliran air ke permukaan jalan.
“Sebelum ini terdapat kabel merentangi saluran perparitan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Peruntukan masih tidak diketahui dan penduduk digesa tidak membuang sampah ke dalam longkang,” katanya.
Menurutnya, sampah perlu diikat sebaik mungkin dan diletakkan dalam tong sampah supaya ia tidak disepahkan anjing liar.
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment