KAJANG – Penduduk lima rumah Jalan Taman Kantan Permai 23 dekat sini bimbang akan keadaan rumah mereka yang mengalami keretakan selepas satu gegeran berlaku pada masa singkat, baru-baru ini.
Tinjauan Sinar Harian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Affandi Ramli, Ong Seng Peng dan Lee Learn Eng mendapati keretakan itu menyebabkan penduduk terpaksa tinggal dalam kerisauan setiap hari.
Penduduk, Mohd Khairul Nizam Mamat berkata, rumahnya adalah antara rumah yang turut mengalami keretakan sehingga pintu utamanya tidak boleh ditutup rapat berikutan kerangka pintu beralih daripada kedudukan asal.
“Keretakan berlaku selepas tiga kali gegaran yang boleh diibaratkan seperti gempa bumi tetapi ia berlaku dalam keadaan pantas kira-kira jam 9 pagi, 1 pagi dan 11 malam dan lantai dipenuhi dengan serpihan cat.
“Sepanjang enam bulan menyewa di sini ia adalah kejadian pertama berlaku dan apa yang memeranjatkan gegaran singkat itu telah mengakibatkan beberapa bahagian rumah mengalami keretakan dan ada di antara bahagian kritikal,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya.
Khairul berkata, sekeluarga hanya bergantung kepada pintu gerigi setiap malam berikutan pintu utama tidak boleh ditutup dan setiap kali meninggalkan rumah dan antara bahagian terlibat adalah bilik tidur utama, dapur dan pintu hadapan.
Beliau berkata, dia terpaksa menghantar isterinya yang baru bersalin ke rumah kakak ipar untuk ditumpangkan sementara berikutan bimbang kejadian tidak diingini berlaku memandangkan keretakan agak kritikal.
Berbeza dengan keadaan rumah Zamnah Mhd Nor, baginyakeretakan yang berlaku bukanlah perkara baru yang perlu dibimbangkan malah sepanjang 11 tahun mendiami kediamannya sejak lima tahun lalu.
“Bagaimanapun, gegaran baru-baru itu sedikit sebanyak mengakibatkan keretakan itu berlaku dan bahagian yang teruk adalah bilik tidur tingkat atas dan bawah, bilik air dan tangga rumah saya.
“Suami saya juga terpaksa mengasah kerangka pintu bilik yang tidak boleh ditutup rapat supaya kami boleh menutupnya seperti sedia kala,” katanya.
Masih selamat didiami
Selepas tinjauan ke lima rumah terlibat, Kim Sin berpendapat bahawa rumah penduduk masih lagi selamat untuk diduduki.
Kim Sin berkata, antara semua rumah yang dilawati lima daripadanya mengalami keretakan teruk dan ia jelas daripada gejala pemendapan sehingga menyebabkan dinding tenggelam dan kerosakan berlaku pada sambungan batu.
“Secara luaran, strukturnya masih kekal dan tiada sebarang perubahan dan ia tidak begitu merbahaya kepada penghuni rumah tetapi pemantauan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
“Permasalahan itu perlu dipantau jurutera MPKj dan kajian berkaitan punca berlakunya keretakan dan jika keadaan mengundang bahaya maka MPKj perlu mengaturkan kediaman sementara untuk penghuni,” katanya.
Menurutnya, kini masih menunggu laporan daripada jurutera dan jika perlu melantik Ikram maka perlu melantik profesional untuk siasatan dan kenal pasti sama ada bagi mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab
Dari Sinar Harian pada 1/3/2010
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment