KAJANG - Kesusahan seorang ibu tunggal yang terpaksa menanggung lima anaknya selepas kematian suami kini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,Lee Kim Sin.
Kim Sin berkata, beliau berterima kasih kepada pihak Surau Nurul Iman yang menghubunginya dan menyampaikan berita berkaitan kesusahan ibu tunggal yang memerlukan.
Menurutnya, pejabat ADUN Kajang sentiasa prihatin terhadap penduduknya khususnya yang memerlukan bantuan dan beliau tetap memuji semangat Noor Azah Md Isa yang berdikari serta berusaha untuk membesarkan anak selepas kematian suami.
"Tanggunggungjawab itu dipikul sejak pemergian suaminya selepas terlibat dalam kemalangan. Empat daripada anaknya masih bersekolah dan bantuan disampaikan supaya tidak menjejaskan pelajaran anaknya.
"Berikutan masalah kewangan, anak sulungnya terpaksa bekerja dan tidak menyambung pelajaran walaupun mendapat tawaran ," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan bantuan kepada Noor Azah di jalan Cuepacs 5, Taman Mewah.
Kim Sin berkata, jika anaknya tidak menyambung pelajaran, ia bukan sahaja rugi untuk diri sendiri tetapi juga keluarga dan masyarakat.
Selain itu, menurutnya, masyarakat yang tidak dapat dikenal pasti untuk menerima bantuan boleh berjumpa dengan Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau ke pejabat ADUN setiap Jumaat dari jam 2 hingga 6 petang.
Dalam pada itu, Noor Azah berkata, pendapatan bulanannya hanya bergangtung kepada tempahan jahitan yang diterima dan ia meningkat ketika musim perayaan sahaja.
Menurutnya, dia sekeluarga hanya bergantung kepada pencen suami sebanyak RM1,000 dan hasil purata jahitan sebanyak RM300 selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor.
Petikan daripada Sinar Harian.
Tarikh:- Selasa 09 MAC 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment