Friday, March 23, 2012

60 Keluarga Gembira Jalan Diturap

Kira-kira 60 buah keluarga Kampung Lembah Sungai Sekamat di sini gembira apabila laluan alternatif bagi pelajar-pelajar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Sekamat dan Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat di-turap tar sepenuhnya dan tidak lagi berdepan dengan laluan tanah merah yang berlopak dan lecah.

Penurapan ini hasil keprihatinan Adun Kajang, Lee Kim Sin yang menyalurkan peruntukan sejumlah RM20 ribu untuk kerjakerja menurap mini tar sepanjang 200 meter di kampung tersebut.

Menurut penduduk kampung, Nor Hayati Husin, 46, berkata, sebelum ini penduduk kampung beberapa kali memohon bantuan pembinaan jalan, namun tiada sebarang maklum balas.

“Laluan ini adalah tanah peribadi dan kami wakafkan untuk kegunaan dan kemudahan bersama, masalah kami ialah modal untuk menurap jalan.

“Walau bagaimana pun, penantian berpuluh tahun ini selesai apabila Adun Kajang, prihatin dan menyalurkan bantuan ini,” jelas Nor Hayati.

Tambah Nor Hayati, beliau berterima kasih atas keperihatinan dan kecekapan Adun berkenaan menyelesaikan masalah ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Hairul Azreen Mohd Zain, 27, berkata, sebelum ini mereka terpaksa meredah laluan berlubang dan lecah di sepanjang jalan di dalam kampung.

“Pengalaman semasa bersekolah dahulu, saya terpaksa buka kasut untuk melalui kawasan ini ketika musim hujan kerana leach dan lubang hampir di setiap laluan.

Kalau ikut laluan jalan utama, saya terpaksa berjalan kaki jauh untuk ke sekolah.

“Hari ini, semuanya berubah, penduduk di sini juga selesa kerana tiada lagi masalah untuk keluar masuk kampung,” jelasnya.

Selangorkini edisi 23-30 Mac 2012

No comments: