Usaha untuk memulihkan semula Huatan Simpan Raja Musa yang sebelum ini diceroboh untuk tujuan pertanian memerlukan tempo yang lama.
Pembantu Exco Pelancongan,Hal Ehwal Penggguna dan Alam Sekitar;Lee Kim Sin berkata,hutan seluas 1000 hektar daripada 23000 hektar yang terjejas itu memakan masa hampir 5 hingga 10 tahun meskipun kerajaan negeri sudah mengambil alih tanah yang diceroboh sejak 2008 lalu.
Menurutnya,sudah menjadi polisi Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan hutan simpan yang diterokai sebelum ini dipulihkan semula secara berperingkat dan setakat ini,tiada kebakaran terbuka akibat aktiviti pertanian dan komersial dilaporkan.
Hutan simpan yang ada di daerah ini perlu dijaga kerana Kuala Selangor memiliki anugerah alam yang tidak ada di negeri lain.
"keunikan tanah lembap yang terdapat pada hutan paya gambut berbeza berbanding hutan lain dan boleh menjadi tumpuan kajian penyelidik dalam dan luar negara,"katanya ketika rasmikan sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2012 di Hutan SImpan Raja Musa.
Hadir sama,Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor,Yusoff Muda,Pengarah Global Environment Centre(GEC),Faizal Parish,Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor(MDKS),Noraini Roslan dan Pengurus Korporat HSBC Bank Malaysia Berhad,Kooi Yi Lin.
Difahamkan,sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk sektor pelancongan di negeri ini dan di kuala selangor sahaja,Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta untuk tujuan sama.
Faizal ketika ditemui berkata,program pemuliharaan Hutan Simpan Raja Musa adalah program kerjasama antara Jabatan Perhutanan Selangor bersama GEC sejak 2008 lalu bagi memulihara lebih 1000 hektar hutan yang diterokai sebelum ini.
program berkenaan katanya,melibatkan pelbagai tindakan lain termasuk mengawal kebakaran,pemulihan paras air semula jadi bagi menggalakkan pertumbuhan semula dan kerja penanaman 1000 anak pokok tenggek burung melibatkan 250 sukarelawan,pelajar dan penduduk.
"GEC berjaya mengumpul lebih 4000 sukarelawan melalui aktiviti penanaman pokok dan menanam 40000 anak pokok di kawasan seluas 80 hektar sejak 2008 lalu,kita turut mendapat sokongan HSBC,International Funds for Agricultural development(IFAD),Global Environment Facility(GEF) dan European Union",katanya.
Dalam program sama,Sahabat Hutan Gambut(SHG)dilancarkan bagi menyokong penglibatan masyarakat setempat dalam Program Pemuliharaan Hutan Simpan Raja Musa dan mengadakan perkongsian tanggungjawab agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO)dalam menguruskan ekosistem hutan paya gambut.
Program Renjer Hutan Tanah Gambut turut dilancarkan sebagai program pendidikan alam sekitar yang dimulakan GEC untuk memupuk kesedaran kepada pelajar sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa,SMK Rantau Panjang,SMK Sultan Sulaiman Shah dan SM Teknik Kuala Selangor.
Friday, February 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment