Wednesday, September 14, 2011

PROGRAM JOM SHOPPING HARGAI JASA GOLONGAN WARGA EMAS

KAJANG- Warga Emas yang menerima kupon RM100 setiap seorang dalam Program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri tidak perlu malu dan berfikiran negatif kerana program yang diadakan adalah antara usaha menghargai golongan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Kim Sin berkata, rungutan dan suara sumbang golongan tertentu yang menyifatkan program itu seolah-olah satu usaha mempengaruhi golongan berkenaan untuk menyokong Kerajaan Negeri seharusnya tidak timbul. Isu ini tidak perlu ditimbulkan kerana apa yang kita lakukan ialah untuk menghargai jasa-jasa golongan berkenaan yang sebelum ini banyak menabur jasa kearah pembangunan negeri. “Soal mempengaruhi golongan berkenaan untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam pilihan raya akan datang itu terpulanglah kepada mereka sendiri”, katanya ketika Dun Kajang yang terlibat dalam Progam Jom Shopping di Pasaraya Giant, Metro Kajang, baru-baru ini.

Pada program berkenaan kira-kira 100 warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang meraikan dalam suasana kemeriahan sambutan Syawal. Lee Kim Sin berkata, semua ini hanya dapat dirasai melalui Program Jom Shopping yang disediakan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk warga emas. Melalui program seumpama ini setiap warga emas yang terpilih akan menerima kupon bernilai RM 100 untuk membolehkan mereka mendapat barangan keperluan di pasar raya yang turut sama menjayakan program berkenaan. “Pengusaha pasar raya juga memberikan potongan harga istimewa kepada warga emas yang terbabit dalam program kita dan ianya adalah satu perhargaan sarta rahmat”, katanya.

Menurutnya, hingga kini seramai 4,000 warga emas sekitar Dun Kajang telah berdaftar dan program seumpama ini akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan tiada ciciran yang berlaku terhadap mereka yang layak. “Walaupun jumlah yang diberikan tidak seberapa tetapi itu bukanlah matlamat kita yang sebenar kerana pelaksanaan program ini lebih kepada membawa golongan berkenaan untuk merasai suasana kemeriahan pasar raya dan dilayan seperti tetamu kehormat”,katanya
Dari Sinar Harian