Wednesday, September 14, 2011

MASALAH BANJIR SELESAI

KAJANG- Masalah banjir kilat yang sering berlaku di premis perniagaan sekitar Sungai Chua, dekat kini dijangka selesai sepenuhnya apabila sistem peparitan sedia ada telah dibaikpulih bagi memastikan masalah berkenaan tidak berulang. Selain itu, terdapat beberapa sistem peparitan di kawasan berhampiran yang telah dikenal pasti untuk dinaiktaraf dalam masa terdekat demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Kim Sin berkata, permasalahan berkenaan yang sering dibangkitkan penduduk setempat khususnya peniaga kini selesai apabila sistem perparitan telah dinaiktaraf dengan kos kira-kira RM 20,000. Memang setiap kali kita jumpa dengan penduduk isu inilah yang sering dibangkitkan dan saya mengharapkan mereka semua bersabar kerana untuk melaksanakannya memerlukan penelitian dan perbincangan bersama untuk jangka masa panjang. Kerja naik taraf sistem peparitan ini sememangnya jadi agenda utama kita dan ia telah dimaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk segera atasinya. “Kini masalah itu selesai apabila apabila kerja menaiktarafkan sistem peparitan sedia ada telah siap sepenuhnya dengan peruntukan kewangan kira-kira RM 20,000”, katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa lokasi sistem peparitan di kawasan sekitar khusunya di premis perniagaan yang bakal dinaiktaraf bagi memastikan masalah banjir kilat tidak berlaku. Perkara ini masih dalam perbincangan kita bersama pihak bertanggungjawab dimana kita telah menunjukkan beberapa lokasi berkenaan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mareka sebelum proses seterusnya dilaksanakan. “Sememangnya kita berhasrat usaha kita ini akan mendapat sokongan demi kebaikkan penduduk setempat”, katanya.

No comments: