KAJANG – bagi ibu bapa yang bekerja mereka tidak digalakkan membiarkan anak bermalam di rumah pengasuh supaya perasaan sayang dalam keluarga dapat dipupuk antara satau sama lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kajang, Lee Kim Sin berkata anak yang diletakkan di rumah pengasuh perlu dibawa balik setiap malam dan tidak digalakkan bersua muka hanya seminggu sekali.
Menurutnya, kasih saying komunikasi dan kemesraan perlu dijalinkan setiap hari dalam sesebuah Institusi kekeluargaan.
"Golongan muda zaman sekarang lebih cepat memberontak dan merasakan diri mereka dewasa serta tidak perlu bimbingan keluarga tetapi perkara itu tidak akan berlaku jika perasaan sayang di pupuk dalam diri mereka sejak kecil. "
"Cabaran yang terpaksa dihadapi keluarga dalam mendidik anak supaya menjadi insane cemerlang adalah persekitaran yang tidak sihat terutamanya di kawasan bandar’’. Katanya sempena sambutan Deepavali di Dewan Orang Ramai Taman Mesra di sini, semalam.
Kim Sin berkata, kewujudan kafe siber, pusat judi haram,video lucah,gengsterisme memerlukan ibu bapa kini lebih peka mengawal gerak- geri anak mereka setiap hari.
Katanya,suasana damai dan perasaan saying akan keluarga perlu diwujudkan dalam diri anak bagi mengelakkan meraka terjebak dalam melakukan perkara yang negatif.
‘’Tempat asuhan di pejabat adalah mekanisme terbaik dan perlu diwujudkan supaya ibu bapa boleh meninjau atau menyusu anak mereka ketika waktu rehat malah boleh memohon masa perlepasan daripada majikanny jika perlu,’’ katanya.
Sinar Harian 16/11/2010
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment