Permasalahan penduduk rumah pangsa Taman Damai Jaya bakal diselesaikan semasa mesyuarat penubuhan jawatankuasa badan pengurusan pada 11 April depan di kawasan lapang Blok B.
Tinjau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin mendapati masalah penyelenggaraan yang pernah diajukan kepadanya sebelum ini masih tidak selesai hingga hari ini.
Kim Sin berkata, mesyuarat itu akan diselaraskan Suruhanjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan sesi penerangan kepada penduduk akan dilakukan malah pemaju juga turut sama hadir.
“Penubuhan jawatankuasa badan pengurusan ini adalah bertujuan menyelenggarakan masalah rumah pangsa yang dihadapi penduduk berikutan kebanyakan mereka tidak memberi kerjasama yang baik.
“Hanya segelintir daripada penduduk yang sukarela membantu membuat kutipan bayaran bulanan tetapi ia tetap tidak dapat dikutip secara menyeluruh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Taman Damai Jaya.
:Menurutnya, perjumpaan yang dilakukan ini adalah bagi tujuan mencadangkan supaya pemaju membantu memberi sumbangan bagi membaik pulih sebahagian infrastruktur di rumah pangsa itu.
Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi termasuk tong sampah tidak sempurna, bangunan tidak dicat, tangki air dan tangki najis juga mengalami masalah dan mengundang faktor negatif.
Penduduk, Chan Kwee Mak berkata, rumah pangsa tiga blok itu telah didiami selama 23 tahun dan suasana di sini aman damai dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian jenayah seperti ragut, samun atau pecah rumah.
“Kehadiran warga asing ke sini juga tidak begitu kritikal dan teruk seperti kawasan lain malahan kekerapan sampah dikutip juga tidak mendatangkan masalah cuma terdapat sebahagian penyelenggaraan sahaja tidak dilakukan,” katanya.
Dari Sinar Harian 25/3/2010
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment