Pengguna jalan raya, khususnya penduduk yang mendiami Kampung Sungai Sekamat dan kawasan berhampiran, kini tidak lagi menghadapi masalah kesesakan apabila persimpangan jalan di kawasan itu dinaik taraf pada akhir tahun lalu.
Pembantu Khas Adun, Kajang, Ong Seng Peng berkata, kerja menaik taraf persimpangan jalan di Sungai Sekamat itu dijalankan kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana memahami masalah yang dihadapi pengguna jalan raya sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, sebelum itu masalah kesesakan jalan raya berlaku hampir saban hari akibat laluannya yang agak kecil dan dihadapi pengguna termasuk penduduk di kawasan itu yang melibatkan lebih kurang 5,000 orang.
Katanya, Lee Kim Sin selaku Adun Kajang mengemukakan masalah itu kepada kerajaan negeri yang akhirnya membuat keputusan menjalankan kerja-kerja naik taraf tersebut.
Persimpangan ini adalah laluan masuk dan keluar penduduk di sini setiap hari dan terdapat beberapa kampung dan taman perumahan di kawasan ini seperti Kampung Sungai Sekamat, Taman Kasih, Taman Sekamat, Taman Sekamat Jaya serta yang lain.
“Dengan penaiktarafan persimpangan jalan raya di sini yang dijalankan kerajaan negeri dan JKR akan menyelesaikan masalah kesesakan yang dihadapi orang ramai selama ini,” katanya kepada SelangorKini.
Ong menjelaskan, pihaknya kini mendapat maklum balas positif daripada orang ramai berikutan perubahan yang dilakukan ke atas persimpangan jalan raya tersebut.
Wednesday, May 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment