Wednesday, June 27, 2012

Lawatan ke Bangunan SJKC Yu Hua Yang Terlibat Dalam Kebakaran

KAJANG-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Hua,Kajang yang terlibat Kebakaran kelmarin terpaksa menolak permohonan lebih 200 murid yang ingin mendaftar masuk setiap tahun disebabkan keadaan sekolah yang semakin padat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Kajang,Lee Kim Sin berkata,sekolah itu terlalu padat kerana keluasannya kurang daripada satu 0.4 hektar tetapi terpaksa menampung hampir 3000 murid.

Menurutnya,kerajaan pusat sebelum ini meluluskan untuk pembinaan sebuah lagi SJKC di Kajang 2 namun sehingga kini tiada perkembangan.

"Sekiranya sekolah baru cepat dibina,jumlah murid yang ramai dapat ditampung namun berdasarkan maklumat dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat,masih belum ada permohonan tanah untuk pembinaan SJKC oleh Kerajaan pusat bagi kawasan di Sungai Long dan Kajang 2.

Ini bermakna tanah tersebut masih tidak sah walaupun Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) menerima pelan pembinaan dan kita kesal kelewatan ini serta berharap pihak kementerian bertindak cepat supaya kedua-dua sekolah ini dapat segera dibina,"katanya selepas melawat SJKC Yu Hua,semalam.

Turut hadir,Ahli Parlimen Hulu Langat,Dr Che Rosli Che Mat.

Beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM 30,000 daripada Kerajaan Negeri sebagai Permulaan bagi membantu Lembaga Pengurus Sekolah dan laporan keadaan sekolah itu serta kerugiannya telah dihantar kepada Kerajaan Negeri.

Pejabat Dewan Undangan Negeri(Dun) Kajang juga turut menyumbangkan 170 beg sekolah selepas dimaklumkan ada beg pelajar terbakar dan bash disiram air ketika proses pemadaman api kelmarin.

Kim Sin berkata,beliau berharap sumbangan itu dapat membantu pihak sekolah membina semula bangunan yang menempatkan makmal komputer,perpustakaan,bilik mesyuarat itu.

"Sekiranya peruntukan ini tidak mencukupi,kita akan cuba memohon peruntukan tambahan untuk meringankan beban terpaksa ditanggung pihak sekolah,"katanya.

No comments: