Friday, March 30, 2012

Taman Rekreasi Ceriakan Kampung Baru Sungai Chua

Lebih 10 tahun terabai akhirnya Kampung Baru Sungai Chua kelihatan lebih ceria apabila taman rekreasi baru siap dibina dengan kemudahan peralatan permainan dan prasarana yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Chua, Yong Swan Khong berkata, perubahan ke atas taman rekreasi itu menggembirakan penduduk kerana hanya itulah satu-satunya taman rekreasi yang ada di kampung itu.

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membaikpulih dan menyediakan pelbagai kemudahan dengan beberapa peralatan baru, merubah wajah taman rekreasi itu.

“Langkah diambil itu amat tepat sekali dan ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) menentingkan kebajikan penduduk di negeri Selangor.

“Ini disebabkan taman rekreasi ini sudah terbiar lama lebih 10 tahun dan bila ia diubah dengan banyak permainan baru, lampu limpah dan kemudahan lain maka orang ramai serta penduduk di sini mula berminat untuk ke sini berehat dan beriadah,” katanya kepada Selangor Kini yang membuat tinjauan di situ.

Berhubung perkara itu, Pembantu Khas Adun Kajang, Ong Seng Peng berkata, sejak pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan kepada PR, pelbagai perubahan giat diusahakan demi kebajikan rakyat.

Program baik pulih ini diusahakan oleh Adun Kajang, Lee Kim Sin, hasil perbincangan bersama MPKj dengan peruntukan RM80,000.

“Proses membaik pulih itu dimulakan November tahun lalu dan disiapkan pada Februari lalu,” katanya.

1 comment:

alvin said...

I am a resident of taman KAJANG impian phase 1. Can't get thru to the local councillor nor the council hence my comment here. Seems that rubbish collectors in my area chooses rubbish to collect. Garden waste are not collected even when it's packed nicely in those black rubbish bags. They only take what they want and leave the garden waste outside the bin for owners to throw themselves. This is absurd. Further, common area grass are not cut and drains not cleared despite requesting from the council. Hope you can help us here as place is deteriorating with these events. Please dont squander our votes as election is coming real soon.