Taman Mesra-Sistem perparitan tidak diselenggara sempurna dipercayai punca menyebabkan banjir kilat sering berlaku di Taman Mesra, Kajang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata, hasil tinjauan yang dilakukan di kawasan berkenaan beberapa faktor dikenal pasti yang menyebabkan berlakunya masalah banjir kilat hingga memberi kesan kepada penduduk. “Kita percaya banjir kilat yang berlaku di taman berkenaan adalah dipercayai dari sistem pengaliran yang tidak di selenggara secara berkesan menyebabkan saliran air terbatas dan melimpah ke kawasan luar”.
“Punca inilah yang sering mengganggu kehidupan masyarakat berkenaan setiap kali hujan yang secara tidak langsung mengganggu kehidupan mereka semua,” katanya ketika mengadakan lawatan meninjau rumah-rumah mangsa yang mengalami kerosakan akibat hujan dan ribut. Beberapa kawasan perumahan mengalami kerosakan padan bumbung rumah akibat ribut dan dihempap pokok antaranya di Taman Mesra, Taman Delima dan Taman Muhibah yang membabitkan 16 rumah kesemuanya.
Menurutnya, pihaknya akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian supaya sistem peparitan berkenaan dapat di selenggara supaya masalah yang sama terus berulang. “Kita akan cuba mendapatkan pandangan dan bantuan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk bersama kita menyelesaikan permasalahan ini serta bantuan tenaga dari penduduk setempat sekiranya kerja gotong-royong akan diadakan.” “Selain itu, usaha mendapatkan permohonan peruntukan membina longkang yang baru juga akan kita usahakan memandangkan longkang yang sedia ada sudah rosak dan tidak mampu berfungsi sepenuhnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment