Tarikh: 16/ 1 / 2011(Ahad)
Masa: 7 Malam
Tempat: Medan Jalan Mendaling, Bandar Kajang
Semua dijemput hadir!
KAJANG, 15 Jan - Seramai 20 Persatuan Tionghua sekitar Hulu Langat akan bergabung tenaga menjayakan Karnival Tahun Baru Cina 2011 – Kajang yang bermula 16 Januari ini.
Karnival yang dijangka mendapat sambutan orang ramai ini bakal menyediakan perlbagai acara menarik.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Kim Sin berkata, penganjuran karnival bertujuan menggalakkan penyertaan penduduk pelbagai kaum di negeri ini untuk mengenali seni budaya tradisi kaum Cina.
Acara kemuncak karnival ialah pada 12 Februari, bermula jam 3 petang hingga 11 malam.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka merasmikan acara tersebut.
Karnival ini dijadualkan bermula 16 Januari 2011 dengan perasmian pembukaan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman dengan acara menyalakan tanglung dan perarakan obor sekitar bandar Kajang.
Karnival ini juga mendapat kerjasama dan Pusat Pendidikan dan Kebudayaan Fha Khiu serta Kolej New Era.
Kim Sin berkata, acara sebegini mampu mempereratkan hubungan silaturrahim antara pelbagai kaum.
Selangorkini
Wednesday, January 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment