Lokasi yang dicadangkan bagi membangunkan bangunan yang berkenaan ialah di pesisiran Sungai Langat berhampiran dengan Taman Rekreasi Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) kerana ia bersesuaian dengan tempat tumpuan masyarakat setempat."
Bandar Baru Bangi-Bangunan yang menempatkan hasil seni kreatif, fotografi dan pusat penganjuran aktiviti setempat bernilai kira-kira RM 1.5juta bakal dibina di Kajang sebagai satu usaha tarikan dan menghargai bidang seni lukisan dan fotografi yang semakin dipinggirkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kajang, Lee Kim Sin berkata, secara dasarnya Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM1.5juta bagi 2011 dan akan siap sepenuhnya menjelang 2011.
"Bangunan berkenaan yang akan menempatkan hasil seni kreatif, fotografi dan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan akan dibina bagi mengumpulkan hasil seni masyarakat setempat untuk dijadikan pemeran kepada pengunjung.
"Lokasi yang dicadangkan bagi membangunkan bangunan berkenaan Sungai Langat berhampirn Taman Rekreasi Majlis Perbandaran kajang (MPKj) kerana ia bersesuaian dengan tempat tumpuan masyarakat setempat.
"Bagaimanapun lokasi berkenaan hanyalah cadangan dan bergantung kelulusan daripada Kerajaan Negeri namun secara dasarnya persetujuan membangunkan bangunan berkenaan telah dipersetujui demi kebaikan masyarakat setempat." katanya ketika merasmikan penutup Pameran Seni Lukisan oleh Mustafa Yahya di Perpustakaan Awam Daerah Hulu langat.
Menurutnya, hasil seni dan fotografi pada masa sekarang semakin terpinggir disebabkan oleh kerakusan minda dan komitmen manusia untuk mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata.
"Tidak dinafikan pembangunan amatlah penting namun kita tidak bolehlah terlalu mementingkan pembangunan semata-mata hingga meminggirkan pembangunan kemanusiaan terutama dalam hasil seni.
"Kita tidak mahu generasi pada masa akan datang tidak mengenali hasil seni yang sememangnya unik dan bermakna disebabkan pembangunan yang tidak seimbang dengan kehendak naluri kemanusiaan." katanya
Kim Sin berkata, bangunan baru itu nanti akan menempatkan hasil seni untuk dijadikan tatapan kepada pengunjung serta menarik minat golongan untuk turut serta menyertai seni lukisan dan fotografi.
"Kawasan kajang sememangnya tidak mempunyai bangunan yang bersesuaian dan selesa untuk menempatkan hasil seni berkenaan dan kita harap melalui bangunan berkenaan ia akan memberi dorongan kepada pereka seni dan pelukis untuk terus menghasilkan seni berkualiti dan bermutu kepada masyarakat.
"selain itu, kita juga merancang agar bangunan yang bakal dibina boleh digunakan untuk penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dalam usaha memupuk semangat perpaduan dan kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat setempat.
"Boleh dikatakan bangunan berkenaan bakal terkenal sebagai pusat penganjuran aktiviti komuniti setempat selin terdapat ruang-ruang khas untuk dipamerkan hasil seni lukisan dan fotografi kepada pengunjung.
"Apabila bangunan berkenaan siap sepenuhnya dan beroperasi ia bakal menjadi tarikan kepada masyarakat setempat dan penganjung luar untuk terus mengunjungi Kajang dan secara tidak langsung ia mampu mempertingkatkan imej Kajang." katanya.

No comments:
Post a Comment