Monday, November 15, 2010

Ahli Tawas Catat Peningkatan 33,505 Ahli Hingga 12 November Tahun Ini

Kajang-Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima sebanyak 33505 pendaftaran ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) diterima sehingga 12 November tahun ini.

Pengurus Besar Yayasan warisan selangor Mohd Nor Mohd Zin berkata bagi Parlimen Hulu Langat seramai 2,107 didaftar melibat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.

Menurutnya, tiga DUN itu mempunyai pecahan peratusan tersendiri dan melibatkan 64, 23 dan 13 peratus serta melibatkan 1,349; 484 serta 274 orang di mana penyampaian Sijil Simpanan Tetap Tawas-Ambank disampaikan.

"Di peringkat kajang, penyerahan sijil simpanan tetap bernilai RM 100 ini diserahkan kepada 200 ahli Tawas katanya dalam majlis rumah terbuka Deepavali dan penyerahan sijil simpanan tetap di Dewan Orang Ramai Taman Mesra dekat sini, semalam.

Mohd Nor berkata ibu bapa dinasihatkan supaya mengambil sijil simpanan tetap anak mereka di bank yang tertera dalam surat pemakluman pengambilan sijil memandangkan masih ramai lagi belum mengambil sijil itu.

Beliau berkata Pengerusi Yawas Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengumumkan sumbangan tambahan ke akaun ahli tahun hadapan dan sejurus ia disahkan maka jumlah sumbangan bagi setiap ahli akan bertambah.

"tarikh tutup pendaftaran Tawas adalah pada hari ulang tahun pertama pemohon dan ini bermakna setiap anak Selangor yang memenuhi syarat kelayakan mempunyai tempoh selama 365 hari untuk memohon.

"Pemohonan melangkaui tempoh adalah dilupuskan secara automatik maka ibu bapa perlu peka dengan tempoh ditetapkan supaya tidak terlepas peluang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai ahli Tawas." katanya .

Menurutnya, jika ahli meninggal dunia sebelum berusia 18 tahun maka pemegang amanah (ibubapa atau penjaga) boleh menuntut pengeluaran wang namun terhad kepada baki semasa dalam akaun bank ahli malah pengurusan pengeluaran diuruskan bank.

Beliau berkata pemegang amanah bagi ahli Tawas boleh ditukar kepada keluarga terdekat berdasarkan alasan munasababh seperti meninggal dunia tidak dapat dikesan, tidak waras, tidak mahu bertindak sebagai pemegang amanah atau muflis.

Majlis anjuran bersama Yawas dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kajang turut menjadi platform masyarakat sekitar beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan.

Sinar Harian 15/11/2010

No comments: