Wednesday, February 10, 2010

RM200,000 untuk mangsa gempa Haiti




KAJANG- Pelbagai pihak prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di Haiti selepas bencana alam yang menimpa mereka sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kematian berlaku.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah salah satu badan yang sedang giat mengumpulkan dana bagi menyalurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Haiti dan sehingga kini RM200,000 telah berjaya dikumpulkan.
Bendahari Kehormat Ibu Pejabat PBSM, Fatimah Sulaiman berkata,walaupun lebih RM200,000 telah berjaya di kumpul tetapi sehingga kini ada cawangan PBSM yang tetap menjalankan kempen pengumpulan dana sehingga 15 Februari depan.
“PBSM sentiasa bertindak segera bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam sebergini bagi memastikan kemudahan yang diperlukan mangsa dapat disediakan dengan sumbangan dan bantuan yang diterima.
“Selain daripada bantuan kewangan,juga terdapat sukarelawan,jururawat,doctor dan pelbagai khidmat pakar yang boleh ke sana jika perlu dan PBSM sendiri akan memberikan kerjasama dari segi latihankepada sukarelawan supaya professional dan tahu tentang kesukarelawan ,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis penyampaian cek sumbangan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang,petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Malam Mesra Rakyat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Ranting Kajang Dan Kampung Baru Semenyih,Lee Kai Meng pula berkata, mereka telah mengumpulkan sebanyak RM5,087 pada malam mesra rakyat itu.
Kai Meng berkata, sumbangan terkumpul daripada orang ramai adalah sebanyak RM4087 manakala jawatankuasa penganjur sendiri telah menyumbang RM1,000 dan penyerahan cek kepada Ibu Pejabat PBSM telah dilaksanakan petang semalam.
“Dengan pengumpulan kemanusiaan yang telah dilaksanakan melalui majlis mesra rakyat itu diharap dapat memberi kesedaran kepada orang awam untuk menderma bagi membantu mangsa gempa bumi di Haiti.
“Walaupun jarak antara Haiti dan Malaysia terlalu jauh tertapi sumbangan yang diberikan amat besar maknanya kepada mereka bagi kekurangan makanan, kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan prasarana,”katanya.


Daripada:- Keratan Akhbar Sinar Harian. Tarikh:- 05 Februari 2010

1 comment:

Tomtom said...

Dear YB,

I hope you can update your blog more often so that we can see the good work that you do.

You should have a place to inform the people where you will be going also so that we know the upcoming events.

Keep up the good work.

Thomas Tuan